Saturday, August 21, 2010

Steamed Fish with Hot & Spicy Bean Sauce

Steamed Fish with Hot & Spicy Bean Sauce


Steamed Fish with Hot & Spicy Bean Sauce

sempena 4th anniversary en hubby mintak masakkan special sikit.. tp masa tu tak sempat nak shopingg lauk2 ni.. yg ade dlm peti ais ikan siakap je.. pastu kat opis sempat la p dari satu umah ke satu umah carik resepi.... hmm jumpe la resepi cik hana.. selamani buat kukus yg biase je.. ni ade pulak sos pedas.. harus ku cuba nih... ehehe..to cik hana.. sy amik resepi ye.. mintak izin cnp..pada sape2 nak try tu...klik di SINI . rugi klu tak cube..hihihi

Steamed Fish with Hot & Spicy Bean Sauce

Bahan-bahan

* 600g white fish atau apa2 jenis ikan
* 2 btg daun bawang julienne - hiris halus
* 1 cili merah - hiris
* 1/2 cwn daun ketumbar - potong

Untuk Sos

* *3 bawang putih - cincang
* *4 biji cili burung - cincang
* *1 biji cili hijau panjang - cincang
* *5 cm halia - cincang
* *1 bwg besar - cincang
* 4 tbs kicap soya
* 2 tbs sos tiram
* 2 tbs kicap cair
* 2 tbs gula
* 1/3 cwn stok ikan@ayam
* sedikit lada sulah

** saya tambah : sayur2 - kobis bunga, brokoli, cendawan, n carrot. dan sedikit jus lemon...

Cara-cara

* Cuci ikan dengan lemon dan basuh bersih. Sediakan mangkuk tahan panas. Masukkan ikan dan ketepikan.
* Cincang bersama bahan2 yang bertanda *.
* Panaskan minyak. Tumis bahan cincang hingga naik bau.
* Masukkan bahan2 sos dan lain2 perasa . tumis hingga agak pekat. Sos agak masin sedikit tp dun wori selepas kukus dgn ikan, masin akan berkurangan.
* Sejukkan sebentar dan curahkan ke atas ikan. Taburkan sedikit daun bwg. dan kukus selama 8-10min.
* Keluarkan dari kukusan dan taburkan baki daun bwg, daun ketumbar serta hirisan cili.
* Siap dihidang. Enak dimakan panas dengan nasi putih.

ni sebleum dikukus...

1 comment:

ain said...

sedapnya steam fish tuuu!!! gtee hubby ayu mkn byk ni.