Wednesday, August 25, 2010

moist chocolate cake

moist chocolate cake

resepi ni amik kat SINI . Kak zana mintak izin cnp ye. resepi sebenarnye utk cik ayu..sori akak lambat paste kat sini.. nanti try ye...

Bahan-bahan
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 sudu teh serbuk penaik * (digaul dan diayak 3x)
1 cawan gula halus
2 biji telor gred A
125 gm butter
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan serbuk koko *
1/2 sudu teh nescafe *
1/4 cawan gula halus *
1/2 cawan air panas *
1/4 cawan susu cair * (* disatukan menjadi pes coklat)


Untuk Chocolate Ganache:-
100 gm coklat masakan
50 ml UHT Whipping Cream
1 sudu teh butter


Cara-Cara
Panaskan oven pada suhuu 175C.

Lenser tin berukuran 5x8x3 in dengan butter dan alas dasarnya dengan kertas minyak.

Ketepikan.
Pukul mentega dan gula halus hingga putih.

Masukkan esen vanila dan telor satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembag dan gula hancur.

Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan pes coklat hingga habis.

Gaul rata dan sebati.

Tuangkan adunan tadi ke dalam tin.

Bakar dalam oven selama 45 -50 minit.

Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache..


Untuk Ganache:

Satukan coklat dan Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas,

cairkan secara double-boiler.

Bila semua larut, matikan api dan masukkan butter dan gaul rata.

Biarkan suam an tuang atas kek coklat tadi...


ok.. cik ayu..selamat mencuba..:)

No comments: