Wednesday, August 18, 2010

menu berbuka pose day :8 - Udang Tumis Serai

Udang Tumis Serai

UDANG TUMIS SERAI

resepi ni asalnye udang galah tumis serai.. tp sy takde la udang galah..udang biasa je yg ade...
heheh.. pastu sy buat kuah lebih sikit.. resepi ni saja tgk kat blog ijayuji. resepi nye ade di SINI .
mintak izin cnp ye.. mmg best resepi ni... cuba la kengkawan ye...

UDANG GALAH TUMIS SERAI (ni resepi asal - saya guna udang biasa je)

Bahan2:
  • 700g-800g udang galah-bersihkan dan toskan
  • 3 ulas bawang merah*
  • 1-2 ulas bawang putih*
  • 1-2 tangkai cili merah(nak pedas tmbah cili api)*
  • 1/3 sudu belacan(bakar dahulu jika suka)*
  • 2-3 batang serai(diketuk)
  • Asam gelugor-secukupnya
  • 1-2 biji tomato(potong berbaji)-kali nih sue x letak
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam,sedikit gula dan perasa(jika suka)
Cara2:
  1. Panaskan minyak dan tumis wangi bahan2 yg ditumbuk
  2. Masukkan sebatang serai dan udang galah. Kacau sebati sehingga kulit udang bertukar warna kemerahan
  3. Masukkan asam gelugor dan tambahkan air secukupnya
  4. Tambahkan bahan2 perasa(garam,gula dan perisa) secukupnya
  5. Apabila udang hampir masak tambahkan tomato dan masukkan baki serai.
  6. Sebatikan semua rasa dan padamkan api-elakkan masak udang terlalu lama kerana isi udang akan keras dan kurang sedap.

Yang ni weekend hari tu buat..

coklat moist (1kg) order from my SIL - kak Aiza

No comments: