Tuesday, August 17, 2010

juadah berbuka puasa

rendang pindang.. amik resepi ni dari blog ijayuji.. cari resepi di sini. sepatut nye kering tapi request from my brother dia nak kuah lebih. so kena la lebihkan kuah.. tpkan kaler nye tak sama la ngan resepi asal.. rasa nye saya lebihkan cili padi n santan..eheheh .mintak izin cnp resepi nye ye..

RENDANG PINDANG

Bahannya

  • Ayam di belah/bersikan-toskan airnya
  • 5 batang serai*
  • 6 ulas bwg merah*
  • 6 ulas bwg putih*
  • 1 inci halia*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 4 biji cili api* - sy letak 1 biji +2 biji cili merah
  • 1 cawan santan
  • 2 keping asam keping
  • Beberapa helai daun limau
  • Garam, gula, perasa
  • 5 sdb minyak

Cara2: Kisar semua bhn yg betanda * Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga naik bau dan garing Masukan santan dan kacau Terus masukan ayam yg telah di tos tadi gaul sebati Masukan asam keping grm, gula, perasa, daun limau Masak hingga kuah pekat



sotong masak pindang..masakan feveret..sebab tak pedas..eheheh.. resepi pon senang,,, bawanq merag, bawang putih, halia, sedikit belacan di tumbuk . tumis bahan2 tumbuk masukkan sotong.. letak air asam jawa atau beberape keping asam gelugor / asam keping . masak la sampai sotong tu lembut dan bole dikunyah.. resepi ni bahan2 sume nye agak2 bergantung kepada berapa byk kite nak amsak sotong ni... tq mak..sebab ajar saya masak..eheheh...

puding roti made by me.. resepi ni dari blog kak hana . dah banyak kali sy try resepi ni.. sedapp.. n mudah... kak hana mintak izin cnp ye..

Bahan-bahan ( satu loyang )

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara

  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!
sambal sardin goreng... made by my SIL - kak aiza.. ikan sardin ni digoreng terlebih dahulu ye..
amir hakim yang dah 3 tahun..

adam hariz



No comments: